JOTFORM

Wednesday 18 March 2015

HARI PENGUMUMAN SPM

Hari yang dinantikan !



Apa yang aku ingin ceritakan disini tidak ada kena mengena yang hidup ataupun mati kerana cerita ini hanyalah kisah semata-mata . Pada pagi 15 haribulan 3 bersamaan tahun 2014 tersebut adalah tarikh keramat bagi hidup yang menentukan titik permulaan hidupku . Disaat ketika itu , aku merasai perasaanku bercampur baur yang aku sendiri tidak dapat ungkapkan . Fuhhhhh , sungguh puitis dan hiperbola ayat aku ni . hehehehe .



Pada jam , 6.45 pagi aku telah disedarkan dengan suara lunak merdu yang jarang aku dengar diketika itu aku dalam keadaan separuh sedar dan aku merasai suara itu adalah suara seorang bidadari yang aku tidak tahu dimana kewujudannya tetapi semua itu hanyalah khayalan semata-mata kerana apabila aku mencelik keseluruhan mataku RUPA RUPANYA suara wanita yang selama ini sabar dan melayan karenah karenah ku . Itulah ibundaku . hahahaha


 Ibuku mengejutkan untuk menunaikan solat subuh sebelum aku pergi mengambil keputusan spm yang telah aku duduki pada hujung tahun 2013 . Aku bangun , mandi dan selesaikan semua perkara . Ibuku telah menyediakan sarapan pagi iaitu nasi lemak dan beberapa keping sandwich . Pada pukul 10 pagi aku segara bersiap-siap untuk ke sekolah . Dalam perjalanan ke sekolah bermacam-macam perasaan yang bermain di fikiran aku .

Aku berharap dengan keputusan akan dapat itu tidak akan mengecewakan ibubapa aku . Setibanya aku di sekolah , aku dan rakan-rakan yang lain diarahkan untuk berkumpul di luar dewan sebelum mengambil keputusan . Dimana pelajar pelajar yang mendapat 'straight A' di umumkan dahulu dan diikuti yang lain lain .

Aku telah beratur mengikut kelas dan aku melihat disekeliling aku ada yang menangis , terharu dan sebagainya kerana mendapat keputusan mereka . Aku berharap yang keputusan aku tidak terlalu kecewa dan tidak terlalu cemerlang cukup lah sekadar memadai dengan usaha yang aku curahkan selama 5 tahun berada di alam sekolah menengah .

Giliran aku mengambil keputusan telah sampai , dihadapan aku ialah guru kelas aku dan beliau sedang menyemak nama dan angka giliran aku . Dan setelah menjumpai nama aku beliau memberi keputusan tersebut dalam keadaan kertas itu terbalik dan itu membuatkan aku merasa macam ada berita gembira atau pun sedih . Aku beredar dan melihat keputusan ku  dan aku terima dengan keputusan yang tertulis dalam keputusan itu . Rasa sedih itu mesti ada kerana aku agak mengecewakan ibubapa aku , lalu aku pulang ke rumah dan menunjuk kepada mereka . Mereka mengucapkan tahniah kerana berjaya menghabiskan alam persekolahan dengan adanya keputusan spm tersebut .  Aku sangat bersyukur dengan keputusan tersebut . 

Wednesday 4 March 2015

LIFE AFTER SPM


ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA ,
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA
MARI KITA BACA CERITA SAYA .

Assalamualaikum , selamat datang ke syfqaybs.blogspot.com . Disini saya nak kongsi sikit lah tentang kehidupan saya selepas peperiksaan SPM pada tahun 2013 . Selepas habis spm pada 6 disember 2014 , saya mulakan dengan mencari kerja untuk mengambil pengalaman sementara menunggu keputusan yang akan keluar pada mac 2014 . Setelah seminggu mencari kerja kosong di beberapa kedai dan kompleks akhirnya saya dapat kerja di Baskin Robbins sebuah syarikat yang terkenal dengan trademark "31st" . Pada mulanya agak kekok nak kerja dekat sini sebab dengan uniform warna pink kena pakai topi bagai , ahh memamg tak biasa lah . Tapi nama pun kerja kan kena la ikut etika dan peraturan masa kerja . Agak lama jugak la nak sesuaikan diri dekat situ dengan nak melayan kerenah pelanggan . Bila weekend jangan tanya la sibuk ke tak , memang akan sibuk dari tengahari sampai malam . Seronok bila dah dapat sesuaikan diri masa kerja ni sebab dapat kenal kawan kawan yang kerja sekali dan manager yang agak baik sometime ada jugak nak marah sana sini tapi dengar je la bila tak buat kerja . Lama jugak la aku kerja dekat Baskin Robbins.